Pages

Followers

Friday, August 23, 2013

sebelum aku BERCINTA



Menurut pandangan orang, bercinta pasti ANGAU. Pasti LALAI. Pasti ALPA. Pasti ZINA HATI. Cliché! Cinta yang ditafsir dunia, mungkin benar. Cinta yang sekadar seronok mahu berkahwin, mungkin benar.
Bagaimanapun, untuk pencinta yang memahami betapa besar tanggungjawab sebuah rumah tangga kepada ummah, dan betapa perlu dia membina peribadinya bagi memikul tanggungjawab ini, maka cinta yang melalaikan itu hilang ditelan keseriusan cintanya. Ini kerana cintanya bertujuan mahu membawa orang yang dicintainya ke syurga.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mahu meneliti definisi ini. Maka apabila disebut cinta, mereka pergi kepada definisi cinta yang dunia warnakan, yang dunia asaskan.

 “Saya menanti dia yang tertulis untuk saya di loh mahfuz sana.”

Ya. ayat ini kelihatan Islamik kerana ada perkataan ‘menanti’ dan ‘loh mahfuz’. Namun, aku melihat ini adalah salah dan tidak diajar oleh agama.

Pertama, kita tidak tahu siapa jodoh kita. jadi bagaimana mahu menanti? Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun bercerai, orang yang berkahwin pun mati, dan orang yang hidup juga kahwin lain? Perkara ini terlalu besar untuk kita yakin sesorang itu adalah ‘jodoh saya’. Lebih menguatkan lagi pendapat adalah, daripada mana kita mahu tahu ‘dia itu jodoh saya’?  Ternyata tiada jawapan yang konklusif untuk itu, kan? jelas, JODOH itu urusan ALLAH.

Kedua, bagaimana ‘menanti’ ini boleh dijustifikasikan, sekiranya Allah sendiri memberikan ayat supaya kita ‘memilih’? sekiranya semua sudah ditetapkan di loh mahfuz sana, mengapa perlu ada arahan untuk kita pilih antara yang musyrik dan yang beriman? Mungkin kita boleh nyatakan sudah tertulis di loh mahfuz. Tapi kita tahukan siapa? Tidakkah kita tahu Allah mengarahkan manusia supaya berusaha? Dalam bab cari makan, kita tahu mana nak cari. Kenapa dalam bab jodoh, kita pilih untuk menanti? Dalam bab kecemerlangan exam, kita tahu kita perlu belajar untuk cemerlang. Tapi kenapa dalam bab jodoh kita mahu berdiam diri?

Itu satu contoh yang terlalu Islamik. Banyak lagi sehingga keluar cerita Fatimah dan Ali yang sama-sama memendam perasaan. Kemudian, berkahwin juga akhirnya walau tidak pernah meluahkan perasaan masing-masing. Satu kisah yang ‘sempurna’, namun jelas tidak punya kesahihannya dari segi rekod dan sebagainya. Hanya satu kisah gula-gula, bagi memuaskan hati mereka yang ‘terlalu Islamik’ ini.

Akhirnya, golongan ini juga yang menjadikan cinta itu sempit. Ini tidak boleh, itu tidak boleh. Begitu tidak kena. Begini tidak kena. Kononnya mahu ‘menjaga’. Bagaimanapun, akhirnya urusan kahwin menjadi susah, dan seakan-akan berada dalam kisah fantasi.

Jangan terkejut, dek kerana ‘terlalu Islamik’ ini, sehingga ada tuning yang tidak mahu bercakap dengan tunangnya sendiri melalui telefon meskipun dalam urusan perkahwinannya sendiri! Akhirnya, disebabkan hanya berhubung melalui SMS dan e-mel sahaja, mereka salah faham dan hubungan menjadi retak. Ya, ideology ini sepatutnya tidak sekompleks itu!

Begitu sekali cinta dicalarkan. Begitu sekali cinta dipalitkan dengan arang kekotoran! Hingga akhirnya tidak kelihatan wajah yang indah dalam cinta. Keindahan dalam cinta dipenjarakan dengan kalimah-kalimah ‘angau’, ‘kemaruk’, ‘fantasi’ dan sebagainya!ini kerana setiap kali keindahan cinta mahu ditunjukkan oleh tangan-tangan yang tidak memahaminya, mereka akan mengiringinya dengan keadaan yang ‘lalai’ dan ‘alpa’.
Jika cerita itu Islamik sikit, akan ditambah Astaghfirullah. Ini semua memberikan fitnah kepada cinta. Betapa cinta disempitkan dan diperusukkan ke satu sudut yang kotor lagi menjijikkan. Sehingga cinta kelihatan seperti satu dosa! Dikelaskan pula sebagai satu perkara yang membawa kepada zina.

Maka, keluar pernyataan-pernyataan seperti cinta sebelum kahwin itu haram dan sebagainya. Wajah cinta tercalar dengan sikap-sikap sebegini. Cinta akhirnya menjadi kotor dan rosak! Tiada yang mahu mencucinya. Tiada yang mahu membersihkannya. Akhirnya, golongan-golongan yang TIDAK memahami, hanya melihat cinta dengan pandangan stereotaip. Apabila definisi cinta tidak diperbaiki, maka yang mereka nampak hanya cinta yang diwarnakan dunia! Maka, mereka pergi ke arah itu.

Menjadi ROSAK, dan MEROSAKKAN.

Sedangkan cinta itu fitrah. Bukan boleh dibuang sebegitu sahaja. Cinta mampu dikawal, sekiranya diajar definisi yang sebenarnya. Bahkan Islam itu menyediakan cara hidup yang indah, supaya manusia tidak terbeban!

:: sebelum aku bernikah



1 comment: