April 14, 2016
Hari keempat.
Syukur.
Tiada yang istimewa.
Cakar-cakaran yang mengkelar hiris di bahagian bawah rusuk itu mulai hilang sedikit demi sedikit dari sudut rasa.
Maha hebat aturan-Nya.
Tiada saya bayangkan sebegini hebat kudrat bertarung dengan Izrail,
berebut bertahan masing-masing mahu akan sebuah roh itu dimiliki dan terus memiliki.
Dan hari ini masih, hari menang saya lagi.
Esok lusa, tiada saya pasti.
Mungkin bisa di atas tanah, mungkin juga bisa di bawah tanah.
No comments:
Post a Comment