Pages

Followers

Monday, December 26, 2016

Oktober 25, 2016


Arakian bermula akan suatu tragedi,
Mekarnya bersinar sebagai puteri,
Bahagia sang sunti menari-menyanyi,
Mahsyur girangnya menjinjing pelangi.

Hingga si sunti berkasih akan namanya lelaki,
Memberi kesemua rasa yang tertanam di hati,
Sampai alpa dengan seruan cintai diri,
Maka terkhianati si sunti tanpa dia ketahui.

Punahranap si sunti tiada mampu berdiri,
Maka rebahlah dia membiar jiwanya mati,
Waima mentari putus harap mahu menyinari,
Dibiarkan rembulan memeluknya dari sisi.

Berlari-lari penat merangkak mencari erti,
Dipaksakan pasak di kaki agar terus membesi,
Melutut dia memanjatkan tadah buat Illahi,
Agar lompang-kosong maha sunyi segera diisi.

Dan Yang Esa itu sesungguhnya maha pemberi,
Disalurkan dalam rongga jasad akan kersani,
Menjadikan si sunti kembali menjadi puteri,
Yang kaya kuntuman senyum penuh berseri.

🙂


Oktober 25, 2016 | 20:25



No comments:

Post a Comment