April 11, 2016
Selamat hari lahir, bonda.
Terima kasih kerana tidak pernah lokek memberi cinta kepada kami bersaudara. Terima kasih-- menjadi suri yang maha tercinta di hati ayahanda, menjadi syurga di dunia kepada kami anakanda bertiga.
Maafkan saya, sentiasa pasung menjadi anak yang sering membahagia, sering tiada seperti yang bonda harapkan daripada seorang puteri sulungnya.
Tidak dapat saya bayangkan betapa hancurnya hati bonda tatkala saya mula mengagungkan indah ciptaan fana. Tatkala saya mulai leka dengan permainan dunia, lupa pada Yang Maha Pencipta, lupa diri ini hanya hamba yang hitam hatinya berpalit dosa, berselut noda. Maafkan saya, ampuni saya-- daripada seketul nutfah terjadinya saya di dalam perut bonda sehinggalah kepada masa yang ada masih bersisa.
Doa saya agar bonda terus dalam sejahtera dan nikmat rahmat dari-Nya. Semoga kekal muda, masih belum puas saya bermesra bersama bonda. Apa selayaknya saya hulur suakan, tak terbalas sampai tertutup mata. Sungguh bonda perempuan paling mulia, moga istana milikmu nanti di syurga.
No comments:
Post a Comment