Pages

Followers

Friday, December 19, 2014

2014: year of........

Mulanya, malas terlalu yang amat rasanya nak bukak balik blog yang dah tersadai lama ni. Bukan tu je, even password and email pun dah hampir-hampir terlupa. Tapi sebab rasa nak menulis, sebab rasa hati ni acah tenang tak tenang, gagah juga aku kobek, geledah, tengok login tab, lupa-- pastu bukak semula interface ni.

Has been more than a year kan? Last seen on November 4th, on the 21st b'day. Sampai sekarang, dah bulan doblas, dah nak habis dah pun semester tujuh di UPSI. Y'know what, time flies soooo fast! entahla, pejam celik pejam celik, kekadang tu pejam tidur memanjang atau berjaga sampai lupa nak tidur. At all sudden, dah nak habis belajar. HMM~

Well, kali ni. Tak tahu pulak dah nak membebel apa. Since i haven't open this blog for months, supposedly i got trillion stories to-be shared. but *sigh~

i got almost everything that other girls dream on. And within that, syukur ALHAMDULILLAH. Mungkin dalam masa setahun lebih ni, dengan tanggungjawab yang mencabar menjadikan aku jarang nak bukak benda-benda ni semua. Let me tell you apa yang aku buat sepanjang kebisuan aku setahun lepas.

on December 30th, year 2013 which was a year back. Dengan rezeki dan kepercayaan warga UPSI, aku dilantik selepas menang bertanding di kerusi Fakulti menjadi salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2013/2014. haha! Terkejut kan? Bermula daripada manusia hingusan yang tak tahu apa-apa langsung pada awal kehadiran aku di bumi Tg Malim sampai lah menjadi antara orang teratas dalam kalangan mahasiswa UPSI. Siapa sangka? Sampai terkadang aku sendiri tak berapa nak percaya yang si farah ni jadi MPP?????! Diberi mandat memegang portfolio Exco Penerbitan & Informasi bersama-sama kawan sama matrik, sama kawasan, sama fakulti apa lagi sama? haa sama-sama mempromosikan UPSI masa event Get To Know di Kolej Matrikulasi masa kami sama-sama sem empat yang lepas walaupun aku baru kenal si Fuad Tarmizi ni masa sem 1 di UPSI. Tu pun lepas si Nad peah memaksa-maksa aku kenal dengan fuad sebab ada kisah sejarah tok kaduk antara mereka berdua semasa mereka sekuliah di zaman matrikulasi. Asal macam takde fullstop ni, memang selalu pun aku mcam ni ke bila bercakap tak tahu berhenti? -_-'

Sepanjang setahun diberi mandat besar tu, banyak sangat pengalaman yang seronok dan tak seronok. Entahlah kenapa, hati aku tak sepenuhnya bersemangat masa pegang MPP sebab dalam masa yang sama aku masih pegang jawatan yang sama dalam Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar. haha! gila kuasa betul minah ni *am talking to myself. Cop, bukan gila kuasa. Memang masa aku bertanding MPP tu aku masih MMK, memang macam tak berapa nak mampu pegang dua-dua. Tapi hati tetap ukuh taknak ganjak waima sikit pun daripada MMK. Mana mungkin aku lepaskan? Plus masatu dah nak habis satu sem dalam MMK, takkan aku nak tinggalkan kerja aku yang bertimbun dalam MMK dekat orang baru yang memang takde orang nak ganti pun tempat aku tu. Sebab taknak susahkan ramai pihak nak kena cari orang baru lah, kena sambung buat kerja aku lah dan seangkatan dengannya maka aku gagahi jugak meneruskan perjalanan membawa beratnya amanah di atas bahu kiri kanan.

Siapa kata mudah? Tambah pulak bila ada suara sumbang mengata di belakang, tikam di depan, himpit tepi kiri dan kanan. Penatnya bila di atas ni, apabila kena hadap semua benda ni lah. Sebab yang namanya manusia, mana pernah selalu puas dengan apa yang mereka ada. Entahlah, aku rasa aku dah cukup ramah tak sombong sentiasa senyum bila keluar tapi kekadang aku jalan tunduk bawah sebab haihh dah memang aku segan nak buat macam mana? Tu pun dalam tunduk tu ada je yang kata ah si mpp gedik, ramah dengan lelaki je dengan perempuan sombong! haha! Takpelah, mungkin saudari ke saudara ke sesape jelah yang rasa diri dia tu-- tak kenal macam mana gilanya seorang mpp bernama farah ni. Tak kira lelaki perempuan. Orang yang sering salah sangka. Dengki bermaharajalela dalam salur darah membawa ke hati menjadikan tak pernah kenyang makan daging saudara sendiri. Atau ada kemungkinan aku tersalah tutur bicara atau apa-apa yang membuat si beliau kecil hati. Tapi kenapa kalau si beliau marahkan aku sekalipun, tak diberi tahu secara peribadi. Perlu canang pada dunia pekung orang? Seronok ketawa terbahak-bahak bersama iblis melihat saudara sendiri jatuh dicaci dibenci dikeji? Kalau itu yang kau sedang fikirkan, teruskan. Dunia ini maha adil. Tuhan itu sendiri Maha Adil. Ya, teruskan.

Cukup cerita untuk MPP. Aku pun dah tamat sidang. Dan menjadi rakyat biasa sama macam mula-mula di sana. Cerita cinta? Cinta yang aku ada--






HILANG.






Kenapa? jangan ditanya kenapa sedangkan aku sendiri masih tertanya-tanya. Ini juga macam tak percaya. Selama empat tahun aku bercinta dengan dia cinta pertama, baru betul-betul kali ni rasa tu diragut macam takde jantung dibuatnya. Sebab yang namanya cinta itu, sangat sukar untuk difahami. Sangat besar definisinya sehinggakan apa yang aku fikir nak luah, tertanam kemas terus terkubur dalam hati. Biarlah aku seorang yang cuma merasai manis pahitnya itu rasa--
cinta?

Dunia kan maha adil, kadang kita di atas, kadang kita di bawah tersorok dalam perosok paling dalam. Setahun ini, banyak mengajar erti sabar, banyak mengajar erti sebenar HIDUP. Selamat hujung tahun, selamat datang tahun baru. Semoga tahun-tahun berikutnya terus baik berjaya.



Di dalam hati ini aku menangis
Seiring satu luka yang telah kau beri
Kau tinggalkanku sakitiku
Sungguh ku tak percaya semua yang terjadi
Kau tinggalkan diriku dalam air mata
Tanpa kau merasakan sakit yang ku rasa
Sungguh terlalu dirimu kekasih
Biar aku pergi tanpa sisa cinta

Selalu kalah di dalam bercinta







1 comment: