Assalammualaikum dan salam satu Malaysia. Hehe dah macam
pembaca berita la pulak kan. hari ini, dah sampai ke hari-hari terawal minggu
keempat semester 2. Lalala dah nak dekat sebulan kan? punya la lama gila aku
tak update benda ni. malas je nak menaip. Bukan ada cite yang best mana pun
yang nak dikongsi. Sekarang ni pun aku bukannya sihat walafiat nak bergumbira
tepuk tangan sama-sama. Masih dalam mode demam sakit tekak hidung berair. Ni pun
gagah gak menaip sebab cik hazwani dah sibok bertanya apesal dah lame tak
update blog. Mesti dah bosan gila baca post jiwang leleh aku lettew. Hokhok.
Pertama sekali, praise to beloved Allah because I’m still
here continuing my first degree in UPSI. This post instead of for best friend
of mine, I actually wrote this special for the superb parent ever in the world;
my parent lah. Hehe macam budak tak cukup matang je aku menulis.
Wish-list yang keempat selepas mengidam DSLR, nak dapatkan
anugerah dekan. Tapi disebabkan rajin yang tak berapa nak sungguh-sungguh,
gigih yang tak seberapa, usaha yang tak all out plus memang kertas final yang
susah maka first class award terpaksa dilupakan untuk sem lepas. agak kecewa mulanya,
tapi lepas muhasabah diri akhirnya keputusan final exam semester 1 2011/2012
aku terima dengan hati terbuka.
Alhamdulillah, lulus. Walaupun tak dapat lagi peluang nak
julang sijil first class, janji dah ada dalam dean list pun dah kira okey sesangat Alhamdulillah. Dalam hati
punyalah frust, napela first class upsi tinggi sangat! Gayat tau tak. kena tingkatkan
lagi usaha untuk sem ni dan sem akan datang. Satu hari nanti masa pesta konvo,
aku nak muka sengal tapi comel aku ni tertempek dalam mana-mana paper yang ada
kat Malaysia ni sebab dapat anugerah canselor ke kan, mana la tau. biar satu
negara kenal sape tu farah nurshahira. Hahaha angan-angan besar gila!
Terima kasih kali ni memang untuk mak dan abah sebab selama
ni sentiasa doakan kejayaan along. Walaupun dah banyak kali along kecewakan mak
abah sebelum ni, tapi kali ni insya-Allah along akan cuba tebus balik salah
silap masa zaman muda-muda dulu. Jugak tak lupa buat kawan-kawan yang
supportive, thank you. Warghh! Ni dah macam ucapan menang Noble Award la pulak
kan! herr -.-'
No comments:
Post a Comment